Sosioekonomi Dan Keusahawanan
Iftitah Kafe & Resort
Pada mulanya Encik Ibniee memulakan perniagaan katering di kawasan perumahan Tanjung Manis secara kecil-kecilan. Setelah mendapati ramai pengunjung dari Sibu datang berkunjung ke pantai Belawai, Encik Ibniee mula menubuhkan satu pusat penginapan dan restoran bertempat di tepi pantai Belawai. Sebelum membuat pengiklanan dan promosi di laman media sosial, ramai penduduk mengetahui kemudahan pusat penginapan dan katering Encik Ibniee dari berita mulut ke mulut penduduk kampung. Setelah penglibatan dalam bidang ICT, kaedah promosi dan pengiklanan Pusat penginapan dan katering mulai dilakukan di laman media sosial seperti di ‘group whatsapp’ ‘facebook’ dan ‘instagram’. Dengan bimbingan dan tunjuk ajar dari pihak PI, Encik Ibniee juga belajar untuk mempromosi dan membuat poster iklan dengan lebih menarik. Di samping itu, Encik Ibniee juga boleh menambah ilmu berkaitan dengan penggunaan Power Point dan Microsoft Word.
Andaman dan ‘Wedding Planner’
Amir telah mula berjinak dengan barang hiasan sejak beberapa tahun yang lepas. Amir mula belajar berkaitan dengan andaman dan hiasan pelamin bermula dari kecil kecilan berasaskan produk kecantikan simpanan sendiri. Pada mulanya kerjaya ini hanya di iklankan melalui berita dari satu pihak ke satu pihak. Hanya segelintir penduduk yang tahu akan kebolehan dan bakat Amir. Setelah dia mulai mendekati ICT, Amir mulai menggunakan kemudahan yang ada bagi tujuan pengiklan dan promosi cara hiasan dan andaman melalui medium laman media sosial seperti Facebook dan Instagram.
Usahawan Dropship (CNI)
Narinah Binti Azahari merupakan salah seorang usahawan Dropship produk keluaran CNl yang terdapat di Kampung Rajang, Sarawak. Beliau mula berjinak dalam perniagaan ini pada awal tahun 2019 yang mana perniagaan ini kini telah mendapat penerimaan yang amat menggalakkan daripada penduduk setempat disamping dapat menyediakan perkhidmatan yang bermanfaat sebagai produk kesihatan. Pada mulanya beliau kurang yakin untuk memulakan perniagaan sendiri. namun atas dorongan keluarga dan ilmu yang telah diperolehi dari Pusat Internet Komuniti Kampung Jerijeh (PIK Kg Jerijeh), beliau mula berani untuk memulakan perniagaan dengan modal yang kecil. Beliau juga mula mengambil peluang dari kemajuan teknologi yang sedia ada dengan memanfaatkan teknologi digital untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau. Penglibatan beliau dalam kelas Facebook Page, Instagram dan Shopee telah menaikkan lagi semangatnya untuk lebih berusaha memajukan perniagaan beliau. Seringkali dilihat beliau mengemaskini status jualannya di laman Facebook dan Whatsapp miliknya. Berkat usaha beliau kadar purata pendapatan harian beliau mencecah hampir RM200 sehari.
Narinah pernah mengikuti pelbagai kursus yang dianjurkan oleh pihak PIK Kg Jerijeh seperti Kursus Asas ICT. Beliau telah mempelajari kaedah menggunakan perisian Microsoft Office, E-Commerce, Multimedia Websites dan Facebook. Antara program yang telah membantu meningkatkan hasil perniagaanya ialah Program PeDAS yang dilaksanakan di PIK Kg Jerijeh yang mengutamakan usahawan untuk mencipta akaun Facebook Page, Instagram untuk perniagaan dan Shopee Selain itu, beliau juga sering kali berkunjung ke PIK Kg Jerijeh untuk mencari maklumat berkenaan perniagaan beliau. Kini perniagaannya telah berkembang dan mampu menjana pendapatan yang lumayan. Suntikan modal perniagaan dari SEDC (USTEV) yang disediakan oleh kerajaan juga telah membolehkan perniagaannya dikembangkan dengan mempelbagaikan produk jualannya. Pihak yang ingin berurusan dengan Cik Narinah untuk sebarang tempahan atau pembelian boleh menghubunginya di talian 011 19195402 @ alamat Kampung Baru Rajang, 96150 Belawai, Sarawak.
Usahawan Cili Fertigasi
Puan Noraida merupakan salah seorang usahawan cili bara yang terdapat di Kampung Jerijeh Baru, Sarawak. Beliau mula menceburi bidang ini pada awal tahun 2020 di mana perniagaan ini kini telah terkenal dan mendapat tempahan yang amat menggalakkan. Pada mulanya beliau kurang yakin untuk memulakan perniagaan sendiri. Namun atas dorongan keluarga dan mendapat pinjaman dari agensi Amanah Ikthiar Malaysia (AIM) beliau secara berani untuk memulakan perniagaan dengan modal yang kecil. Beliau juga mula mengambil peluang dari kemajuan teknologi yang ada dengan memanfaatkan teknologi digital untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau. Seringkali dilihat beliau mengemaskini status jualannyanya di laman facebook dan whatsapp miliknya. Berkat usaha beliau kadar purata pendapatan harian beliau mencecah hampir RM360 sekali tuaian.
Puan Noraida pernah mengikuti pelbagai kursus yang dianjurkan oleh pihak Pusat Internet Komuniti Kampung Jerijeh (PIK Kg. Jerijeh) dan kursus yang diadakan seperti Kursus Asas ICT. Beliau telah mempelajari kaedah menggunakan perisian Microsoft Office, E-Commerce. Multimedia Websites dan Facebook. Selain itu beliau juga sering berkunjung ke PIK Kg. Jerijeh untuk mencari maklumat, membuat laporan, membuat rekod berkenaan perniagaan beliau. Pihak yang ingin berurusan dengan Puan Noraida untuk sebarang tempahan atau pembelian boleh hubungi talian 014 3536016 @ alamat Kampung Jerijeh Baru, 96150 Belawai, Sarawak.
Usahawan Roti Bakar
Nurmimi binti Salat merupakan salah seorang usahawan roti bakar yang terdapat di Kampung Belawai. Beliau mula menceburi bidang ini pada awal tahun 2020 yang mana perniagaan ini beroperasi pada petang sehingga malam. Pada mulanya beliau kurang yakin untuk memulakan perniagaan sendiri. Namun atas dorongan keluarga dan juga ilmu keusahawanan yang ada, beliau mula belajar cara-cara memulakan perniagaan dengan modal yang kecil.
Pada mulanya, perniagaan beliau hanya dijalankan menggunakan kaedah konvensional dan hanya memperoleh maklumat daripada penduduk sekitar. Tambahan pula tiada sebarang rekod diambil terutamanya dalam pengurusan kewangan. Tambahan lagi strategi pemasaran yang digunakan adalah kurang berkesan telah menjejaskan perolehan pendapatan beliau. Pada mula perniagaannya, beliau hanya memperoleh purata pendapatan RM50 sehari.
Selepas menjadi ahli Pusat Internet Komuniti Kampung Jerijeh (PIK Kg. Jerijeh), Nurmimi mengambil masa sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk mendapatkan maklumat dan berlapang masa untuk mengikuti pelbagai program yang dianjurkan oleh PIK Kg Jerijeh yang melibatkan keusahawanan dan asas ICT. Segala ilmu yang diperoleh akan diaplikasikan dalam perniagaan beliau. Dengan adanya bimbingan daripada PIK Kg. Jerijeh, perniagaan beliau telah mencapai satu peningkatan terutamanya dari segi jumlah jualan produk dan keuntungan. Pihak yang ingin berurusan dengan Cik Nurmimi untuk sebarang tempahan atau pembelian boleh hubungi talian 010 3696618 @ alamat Kampung Tepi Laut Belawai, 96150 Belawai, Sarawak.
Usahawan Bengkel Motosikal
Shazrul Akmal merupakan salah seorang usahawan kedai membaiki dan menyelenggara motosikal yang terdapat di Kampung Belawai, Sarawak. Beliau mula menceburi bidang ini pada awal tahun 2019 yang mana perniagaan ini kini telah terkenal dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk setempat disamping dapat menyediakan perkhidmatan yang bermanfaat. Pada mulanya beliau kurang yakin untuk memulakan perniagaan sendiri. Namun atas dorongan keluarga dan mendapat pinjaman dari agensi Majlis Amanah Rakyat (MARA). Beliau mula berani untuk memulakan perniagaan dengan modal yang kecil. Beliau juga mula mengambil peluang dari kemajuan teknologi yang ada dengan memanfaatkan teknologi digital untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau. Seringkali dilihat beliau mengemaskini status jualannyanya di laman facebook dan whatsapp miliknya. Berkat usaha beliau kadar purata pendapatan harian beliau mencecah hampir RM200 sehari.
Shazrul Akmal pernah mengikuti pelbagai kursus yang dianjurkan oleh pihak Pusat Internet Komuniti Kampung Jerijeh (PIK Kg. Jerijeh) seperti Kursus Asas ICT. Beliau telah mempelajari kaedah menggunakan perisian Microsoft Office, E-Commerce, Multimedia Websites dan Facebook. Selain itu beliau juga sering kali berkunjung ke PIK Kg. Jerijeh untuk mencari maklumat berkenaan perniagaan beliau. Pihak yang ingin berurusan dengan En Akmal untuk sebarang tempahan atau pembelian boleh hubungi talian 013 5695384 @ alamat Kampung Lot Baru Fasa 2, 96150 Belawai, Sarawak.
Usahawan Gerai Makanan Bakar
Rohani Binti Maharon merupakan salah seorang usahawan gerai makanan bakar di Kampung Jerijeh. Gerai ini berlokasi di depan sekolah SMK Belawai, Sarawak. Beliau mula memulakan perniagaan ini pada awal tahun 2020. Perniagaan ini kini telah mendapat sambutan dari pelajar sekolah, guru dan penduduk sekitar. Tambahan pula, Puan Rohani memiliki lesen kedai yang diluluskan dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Majlis Daerah Matu dan Daro (MDMD). Pada mulanya, beliau kurang yakin untuk memulakan perniagaan sendiri disebabkan masalah modal serta pengetahuan dalam ilmu perniagaan yang agak kurang dan hanya mengira untung rugi sahaja. Namun atas dorongan keluarga dan ilmu yang telah diperolehi dari Pusat Ekonomi Kampung Jerijeh (PEDi Kg Jerijeh), beliau mula berani untuk memulakan perniagaan dengan modal kecil-kecilan hasil pendapatan suaminya.
Beliau juga mula mengambil peluang dari penubuhan PEDi Kg Jerijeh yang ada untuk mempelajari ilmu berkaitan teknologi digital untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau. Penglibatan beliau dalam kelas Facebook Page, Instagram dan Shopee telah manaikkan lagi semangatnya untuk lebih berusaha memajukan perniagaan beliau. Seringkali dilihat beliau mengemaskini status jualannyanya di laman Facebook dan whatsapp miliknya. Berkat usaha beliau kadar purata pendapatan harian beliau mencecah hampir RM150 sehari. Puan Rohani pernah mengikuti pelbagai kursus yang dianjurkan oleh pihak PEDi Kg Jerijeh dan kursus yang diadakan seperti Kursus Asas ICT. Beliau telah mempelajari kaedah menggunakan perisian Microsoft Office, E-Commerce. Multimedia Websites dan Facebook. Antara program yang telah membantu meningkatkan hasil perniagaanya ialah Kelas asas ICT seperti Whatsapp, Facebook, Instagram untuk Perniagaan dan Shopee sebagai platform mempromosikan produk jualannya. Kaedah untuk membuat copywriting turut diajar kerana kaedah ini amat penting untuk menambah keyakinan pelanggan untuk membeli produk yang dijual. Selain itu beliau juga sering kali berkunjung ke PEDi Kg Jerijeh untuk mencari maklumat berkenaan perniagaan beliau dan mengisi sebarang bantuan yand disalurkan oleh kerajaan.
Ushawan Perniaga Sayur-Sayuran
Muhibbah merupakan salah seorang usahawan menjual sayur-sayuran di Kampung Jerijeh Baru. Beliau mempunyai kebun kecil khusus untuk menanam benih sayur-sayurannya. Beliau mula menjinakkan diri dalam bidang ini pada tahun 2018 yang mana perniagaan ini dilakukan secara sambilan. Pada mulanya beliau kurang yakin untuk memulakan perniagaan ini kerana keluasan tanah di halaman tempat tinggal menjadi kekangan untuk beliau menjalankan perniagaan tanamannya, namun berkat kesungguhannya, beliau mula belajar cara-cara memulakan perniagaan dengan modal yang kecil untuk membuka kawasan tanah kecil bagi memulakan perniagaan beliau. Beliau juga mula memanfaatkan teknologi digital yang sedia ada supaya dapat mengembangkan lagi perniagaan beliau.
Beliau sering mengemaskini perniagaan sayur-sayurannya apabila hasil penanaman nya sudah menumbuh menjadi sayur-sayuran yang segar dan dihasilkan dari cara penanaman yang organik di media sosial seperti di Facebook dan Whatsapp miliknya. Berkat usaha gigih beliau, perniagaan beliau mendapat sambutan yang baik dari penduduk tempatan dan kadar purata pendapatan mingguan beliau mencecah purata RM50 hingga RM100 sehari. Muhibbah mengambil masa sekurang-kurangnya 2 kali seminggu berkunjung ke Pusat Ekonomi Digital Kampung Jerijeh (PEDi Kg Jerijeh) untuk mendapatkan maklumat dan berlapang masa untuk mengikuti pelbagai program yang dianjurkan oleh PEDi Kg Jerijeh. Muhibbah merupakan salah seorang penduduk tempatan yang kerap ke PEDi Kg Jerijeh untuk menambahkan ilmu perniagaan beliau. Segala ilmu yang diperoleh akan diaplikasikan dalam perniagaan beliau. Kaedah penggunaan peralatan teknologi adalah dititikberatkan seperti Facebook dan Whatsapp. Selepas melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan PEDi Kg Jerijeh, perniagaan beliau telah mencapai satu peningkatan yang memuaskan terutamanya dari segi jumlah jualan dan keuntungan.
Usahawan Burger
Yuhana merupakan salah seorang usahawan yang menjalankan perniagaan burger di Kampung Jerijeh. Lokasi premis adalah di tempat kediaman beliau iaitu Kampung Jerijeh. Beliau mula memulakan perniagaan ini pada pertengahan tahun 2021. Perniagaan ini kini telah mendapat sambutan dari penduduk tempatan terutamanya dari Kampung Jerijeh. Pada mulanya, beliau kurang yakin untuk memulakan perniagaan sendiri disebabkan masalah modal serta pengetahuan dalam ilmu perniagaan yang agak kurang. Namun atas dorongan keluarga dan ilmu yang telah diperolehi dari Pusat Ekonomi Digital (PEDi Kg Jerijeh), beliau mula berani untuk memulakan perniagaan dengan modal kecil-kecilan.
Beliau juga mula mengambil peluang dari penubuhan PEDi yang ada untuk mempelajari ilmu berkaitan teknologi digital untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau. Penglibatan beliau dalam kelas yang dianjurkan di PEDi Kg Jerijeh telah manaikkan lagi semangatnya untuk lebih berusaha memajukan perniagaan beliau. Seringkali dilihat beliau mengemaskini status jualannyanya di laman Facebook dan whatsapp miliknya. Berkat usaha beliau kadar purata pendapatan harian beliau mencecah hampir RM100 sehari. Yuhana pernah mengikuti pelbagai kursus yang dianjurkan oleh pihak PEDi Kg Jerijeh dan kursus yang diadakan seperti Kursus Asas ICT. Beliau telah mempelajari kaedah menggunakan perisian Microsoft Office, E-Commerce. Multimedia Websites dan Facebook. Antara program yang telah membantu meningkatkan hasil perniagaanya ialah Kelas asas ICT seperti Whatsapp, Facebook, Instagram sebagai platform mempromosikan produk jualannya. Kaedah untuk membuat copywriting turut diajar kerana kaedah ini amat penting untuk menambah keyakinan pelanggan untuk membeli produk yang dijual. Selain itu beliau juga sering kali berkunjung ke PEDi Kg Jerijeh untuk mencari maklumat berkenaan perniagaan beliau dan mengisi sebarang bantuan yang disalurkan oleh kerajaan.
Usahawan Makanan
Fatin Areeba merupakan salah seorang usahawan yang menjalankan perniagaan makanan di Kampung Belawai. Lokasi premis adalah di tempat kediaman beliau iaitu Kampung Belawai. Beliau mula memulakan perniagaan ini pada pertengahan tahun 2019. Perniagaan ini kini telah mendapat sambutan dari penduduk Tanjung Manis terutamanya dari Kampung Belawai. Pada mulanya, beliau kurang yakin untuk memulakan perniagaan sendiri disebabkan masalah modal serta pengetahuan dalam ilmu perniagaan yang agak kurang. Namun atas dorongan keluarga dan ilmu yang telah diperolehi dari Pusat Ekonomi Digital (PEDi Kg Jerijeh), beliau mula berani untuk memulakan perniagaan dengan modal kecil-kecilan.
Beliau juga mula mengambil peluang dari penubuhan PEDi yang ada untuk mempelajari ilmu berkaitan teknologi digital untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau. Penglibatan beliau dalam kelas yang dianjurkan di PEDi Kg Jerijeh telah manaikkan lagi semangatnya untuk lebih berusaha memajukan perniagaan beliau. Seringkali dilihat beliau mengemaskini status jualannyanya di laman Facebook dan whatsapp miliknya. Berkat usaha beliau kadar purata pendapatan harian beliau mencecah hampir RM300 sehari. Fatin Areeba pernah mengikuti pelbagai kursus yang dianjurkan oleh pihak PEDi Kg Jerijeh dan kursus yang diadakan seperti Kursus Asas ICT. Beliau telah mempelajari kaedah menggunakan perisian Microsoft Office, E-Commerce. Multimedia Websites dan Facebook. Antara program yang telah membantu meningkatkan hasil perniagaanya ialah Kelas asas ICT seperti Whatsapp, Facebook, Instagram sebagai platform mempromosikan produk jualannya. Kaedah untuk membuat copywriting turut diajar kerana kaedah ini amat penting untuk menambah keyakinan pelanggan untuk membeli produk yang dijual. Selain itu beliau juga sering kali berkunjung ke PEDi Kg Jerijeh untuk mencari maklumat berkenaan perniagaan beliau dan mengisi sebarang bantuan yang disalurkan oleh kerajaan.