Kawasan Rekreasi Dan Pelancongan
Iftitah Restaurant & Resort
Iftitah Restaurant & Resort adalah salah sebuah perniagaan yang menjalankan F&B (food & beverages) dan pelancongan di Kampung Belawai, Sarawak. Lokasinya yang terletak di pesisir pantai Kampung Belawai menyebabkan lokasi perniagaan ini strategik dan sering menjadi tumpuan orang ramai berkunjung. Jarak lokasi ini dari Bandar Sibu adalah mengambil masa 2 jam dan dari Sarikei mengambil masa 2 jam setengah menggunakan jalan darat. Pelbagai perkhidmatan telah disediakan termasuklah Chalet, BBQ Grill, Hiburan Karaoke, Double Banana Boat, Salui Iftitah (Perahu Iftitah) dan Iftitah Sunset Dining Beach. Waktu operasi Iftitah Restaurant & Resort adalah dibuka setiap hari dengan jadual operasi 4:00 petang - 10:00 malam (Isnin)8:00 pagi sehingga 10:00 malam (Selasa - Ahad). Untuk tempahan dan berhubung bolehlah menghubungi di talian 014 3245233 @ alamat Kampung Belawai, 96150 Belawai, Sarawak
Taman Kampung Belawai
Tempat rekreasi yang terdapat di sekitar Kampung Jerijeh Baru adalah Taman Kampung Belawai yang beroperasi setiap hari. Taman ini memberi manfaat kepada penduduk sekitar bagi melakukan aktiviti riadah bersama keluarga serta melakukan aktiviti riadah seperti bersenam, mengayuh basikal dan sebagainya. Lokasi taman ini berada di tepi pantai berdekatan dengan perkarangan tapak Pesta Belawai Kampung Belawai.
Reki Raldin Enterprise
Reki Raldin Enterprise adalah salah sebuah perniagaan yang menjalankan kedai makan dan pelancongan yang mana lokasinya adalah di pesisir Pantai Belawai, Sarawak. Jarak lokasi ini dari Bandar Sibu adalah mengambil masa 2 jam dan dari Sarikei mengambil masa 2 jam setengah menggunakan jalan darat. Pengunjung yang datang kebanyakkan dari Daro, Semop, Bandar Sibu dan Bandar Sarikei. Pelbagai perkhidmatan telah disediakan termasuklah Chalet, BBQ Grill, Hiburan Karaoke dan sewaan kenderaan ATV. Waktu operasi Reki Heldin Enterprise adalah dibuka pada hari Sabtu dan Ahad.
Medan Selera Belawai
Medan Selera Belawai adalah satu tempat makan yang agak terkenal di Kampung Belawai kerana terdapat pelbagai kedai makan yang mensajikan pelbagai menu kampung. Pasaria ini sering menjadi tumpuan pekerja kerajaan dan swasta berdekatan untuk sarapan pagi dan makan tengahari. Sajian menu makanan yang berasaskan produk makanan segar telah menarik orang ramai memilih untuk makan disini.
Pasar Tamu Belawai
Pasar Tamu Belawai merupakan tempat peniaga tempatan berniaga produk perniagaan mereka. Pasar Tamu ini terletak bersebelahan dengan Pasar Ria Belawai dan menjadi tumpuan penduduk sekitar untuk membeli produk yang dijual seperti sayur-sayuran, buah-buahan, biskut kering dan sebagainya. Pasar Tamu ini baru sahaja dirasmikan oleh YB Datu Haji Len Talif Salleh pada 17 Disember 2021 yang lepas.
Tapak Pesta Belawai
Tapak Pesta Belawai merupakan salah satu tempat rekreasi yang terdapat di Kampung Belawai. Tempat ini menjadi tumpuan penduduk sekitar dan juga pengunjung yang datang dari luar untuk melihat pemandangan tepi pantai dan mengambil foto dan video pemandangan sekitar pantai.