Kisah Kejayaan
Nor Athirah Binti Abdul Khalik Ho Abdullah
Nor Athirah Binti Abdul Khalik Ho Abdullah merupakan pelajar tahun 6 di SK Abang Buyuk Jerijeh. Athirah merupakan seorang pelajar yang berperwatakan ceria dan aktif. Athirah sering mengunjungi Pusat Internet 1 Malaysia Kg Jerijeh untuk menggunakan perkhidmatan internet dan menghadiri latihan ICT. Athirah mula menjadi ahli PI pada awal pembukaan PI. Sebelum Athirah menjadi antara salah seorang ahli PI, Athirah mempunyai sedikit kekangan dalam mencari bahan ujikaji dan rujukan. Setelah Athirah menjadi salah seorang dari alhi PI, banyak faedah yang Athirah perolehi. Athirah juga mudah untuk mendapatkan bahan rujukan dan maklumat ujikaji. Selain daripada itu, PI juga membantu Athirah bagi menjalankan sesi belajar secara berkumpulan. Pada kebiasaan nya, Athirah akan ke PI setiap ujung minggu dan setelah sesi persekolahan selesai. Selain dari mencari bahan ulangkaji, Athirah juga boleh belajar dengan lebih terperinci lagi berkaitan cara-cara penggunaan Microsoft Word, Power Point dan Microsoft Excel di PI. Dengan adanya kelas ICT, Athirah banyak mempelajari cara penggunaan aplikasi asas komputer. Athirah berharap agar staff PI mendedahkan lebih banyak kemahiran ICT untuk kegunaan masa hadapan.
Bimbingan Latihan ICT Dari Pi Kg Jerijeh
Ellyvia Ngian Anak Empaling seorang pelajar tingkatan 5 di SMK Belawai. Pelajar ini merupakan pelajar yang mempunyai perwatakan ceria dan peramah serta mudah untuk bergaul dan berinteraksi dengan pelajar lain. Pelajar ini sering mengunjungi PI Kg Jerijeh untuk mencari bahan ilmiah yang berkaitan dengan pelajarannya. Pada masa cuti sekolah, pelajar ini akan mengambil peluang tersebut mengunjungi PI Kg. Jerijeh untuk menggunakan perkhidmatan internet untuk urusan yang berkaitan pelajaran dan mengikuti segala latihan asas ICT yang dianjur oleh pihak PI. Pelajar ini mula menjadi ahli PI Kg Jerijeh pada awal tahun 2020. Sebelum beliau menjadi antara salah seorang ahli PI Kg. Jerijeh, pengetahuan tentang ilmu digital adalah ditahap yang sangat lemah dan menjadi suatu yang amat merisaukan untuk berdepan dengan dunia yang lebih menitikberatkan penggunaan ilmu digital. Tambahan pula beliau sekarang berada di tingkatan 5 dan berdepan dengan kerja yang menggunakan perlaatan ICT untuk mencari sumber yang berkaitan contohnya kerja membuat folio. Selain itu, pengetahuan tentang penggunaan komputer dan perisian seperti Microsoft Office juga adalah lemah.
Pada tahun awal tahun 2020, beliau telah menjadi ahli PI Kg. Jerijeh dan telah memberi kesan yang mendalam kepada dirinya. Beliau mengambil peluang pada sebelah petang selepas sesi persekolahan dan masa cuti untuk mengikuti apa saja aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PI. Tambahan pula, kemudahan PI yang serba lengkap dan canggih, ilmu dari ICT beliau semakin bertambah dan memudahkan beliau untuk mendapatkan sumber yang berkaitan dengan palajaran. Segala urusan pelajaran dapat dilaksanakan dengan sebaiknya apabila adanya perkhidmatan komputer dan capaian internet yang tinggi. Di samping itu, sesi ulangkaji dan perbincangan dalam kumpulan juga dapat dilakukan dengan sebaiknya dengan adanya kemudahan yang amat menggalakkan di PI.
Bimbingan Latihan Ict Dari Pi Kg. Jerijeh
Mohammad Hasbullah Bin Juli adalah salah seorang penduduk tempatan Kampung Belawai. Beliau merupakan seorang belia yang peramah serta mudah bergaul dan berinteraksi dengan orang ramai. Beliau juga rajin melibatkan diri dalam program ICT yang dianjurkan di Pusat Internet Kampung Jerijeh. Pada masa lapang, beliau akan mengambil peluang tersebut berkunjung ke PI Kg. Jerijeh untuk menggunakan perkhidmatan internet dan mengikuti segala latihan asas ICT yang dianjurkan oleh pihak Pusat Internet. Beliau mula menjadi ahli Pusat Internet Kampung Jerijeh pada awal tahun 2020. Sebelum beliau menjadi antara salah seorang ahli PI Kg. Jerijeh, pengetahuan tentang ilmu digital beliau adalah ditahap yang agak lemah dan menjadi cabaran kepada beliau untuk berdepan dengan dunia di mana pada era moden ini amat menitikberatkan penggunaan ilmu digital. Beliau hanya menggunakan telefon pintar sebagai alat digital untuk beliau berkomunikasi dan mencari maklumat. Pada masa yang sama, timbul masalah kekurangan ilmu dalam penggunaan aplikasi dan mengakses internet pada telefon pintar. Selain itu, pengetahuan tentang penggunaan komputer dan perisian seperti Microsoft Office juga adalah di tahap yang sangat lemah.
Pada tahun awal tahun 2020, beliau telah menjadi ahli PI Kg. Jerijeh dan ianya memberi kesan yang mendalam kepada diri beliau. Beliau mengambil peluang ini untuk mengikuti apa sahaja aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Pusat Internet. Tambahan pula, kemudahan Pusat Internet yang serba lengkap dan canggih amat membantu beliau memperoleh ilmu digital dengan efektif. Segala urusan mempelajari ilmu baharu tentang ICT dapat dilaksanakan dengan sebaiknya apabila adanya perkhidmatan komputer dan capaian internet yang tinggi. Di samping itu, kemudahan yang lengkap disediakan di Pusat Internet memudahkan beliau mengisi jawatan kosong yang diiklankan di internet dengan mudah lancar.
Bimbingan Latihan Keusahawanan Dan Ict Dari Pi Kg Jerijeh
Nurmimi binti Salat merupakan salah seorang usahawan roti bakar yang terdapat di kampung Belawai. Beliau mula menceburi bidang ini pada awal tahun 2020 yang mana perniagaan ini beroperasi pada petang sehingga malam. Pada mulanya beliau kurang yakin untuk memulakan perniagaan sendiri. Namun atas dorongan keluarga dan juga ilmu keusahawanan yang ada, beliau mula belajar cara-cara memulakan perniagaan dengan modal yang kecil.
Pada mulanya, perniagaan beliau hanya dijalankan menggunakan kaedah konvensional dan hanya memperoleh maklumat daripada penduduk sekitar. Tambahan pula tiada sebarang rekod diambil terutamanya dalam pengurusan kewangan. Tambahan lagi strategi pemasaran yang digunakan adalah kurang berkesan menjejaskan perolehan pendapat beliau. Pada mula perniagaannya, beliau hanya memperoleh purata pendapatan RM50 sehari. Selepas menjadi ahli PI Kg. Jerijeh, Nurmimi mengambil masa sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk mendapatkan maklumat dan berlapang masa untuk mengikuti pelbagai program yang dianjurkan oleh yang melibatkan usahawan dan ICT. Segala ilmu yang diperoleh akan diaplikasikan dalam perniagaan beliau. Dengan adanya bimbingan daripada PI Kg. Jerijeh, perniagaan beliau telah mencapai satu peningkatan terutamanya dari segi jumlah jualan produk dan keuntungan.
Bimbingan Latihan Keusahawanan Dan Ict Dari Pi Kg Jerijeh
Persi Bin Saperi merupakan salah seorang usahawan menjual pakaian yang terdapat di kampung Rajang. Beliau mula menjinakkan diri dalam bidang ini pada awal tahun 2016 yang mana perniagaan ini dilakukan secara sambilan hari tidak bekerja dan cuti umum. Beliau juga mula mengambil langkah berani dengan memanfaatkan teknologi digital yang sedia ada supaya dapat mengembangkan lagi perniagaan beliau.
Pada mulanya, perniagaan segala urusan perniagaan beliau hanya dijalankan menggunakan kaedah konvensional dan hanya menunggu pelanggan untuk datang ke gerainya untuk membeli produk beliau. Lokasi tempat perniagan beliau adalah bergantung kepada atau berlangsungnya sesuatu keramaian. Tambahan pula, kelemahan perniagaan beliau pada masa itu ialah tiada sebarang rekod diambil terutamanya dalam pengurusan kewangan. Aspek pengendalian perniagaan adalah ditahap yang kurang memuaskan dan seringkali menimbulkan masalah terutamanya dalam kerja pengeluaran dan pemasaran. Pada mula perniagaannya, beliau hanya memperoleh purata pendapatan RM50 sehari.
Persi mengambil masa sekurang-kurangnya 2 kali seminggu untuk mendapatkan maklumat di Pusat Internet PI Kg. Jerijeh dan berlapang masa untuk mengikuti pelbagai program yang dianjurkan oleh PI Kg. Jerijeh terutamanya yang melibatkan ilmu Keusahawanan dan ICT. Antara kursus yang pernah disertai ialah Kursus Keusahawanan dan Microsoft Office yang dianjurkan oleh kementerian Permodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak (MANRED) Segala ilmu yang diperoleh akan diaplikasikan dalam perniagaan beliau. Kaedah penggunaan peralatan teknologi adalah dititikberatkan seperti Facebook dan Whatsapp Selepas melibatkan diri dengan PI Kg. Jerijeh, perniagaan beliau telah mencapai satu peningkatan terutamanya dari segi jumlah jualan produk dan keuntungan.
Bimbingan Latihan ICT Dari PIK Kg Jerijeh - Ellyvia Ngian Anak Empaling
Ellyvia Ngian Anak Empaling seorang pelajar tingkatan 5 di SMK Belawai. Pelajar ini merupakan pelajar yang mempunyai perwatakan ceria dan peramah serta mudah untuk bergaul dan berinteraksi dengan pelajar lain. Pelajar ini sering mengunjungi Pusat Internet Komuniti Kampung Jerijeh (PIK Kg Jerijeh) untuk mencari bahan ilmiah yang berkaitan dengan pelajarannya. Pada masa cuti sekolah, pelajar ini akan mengambil peluang tersebut mengunjungi PIK Kg. Jerijeh untuk menggunakan perkhidmatan internet untuk urusan yang berkaitan pelajaran dan mengikuti segala latihan asas ICT yang dianjur oleh pihak PIK. Pelajar ini mula menjadi ahli PIK Kg Jerijeh pada awal tahun 2020.
Sebelum beliau menjadi antara salah seorang ahli PIK Kg. Jerijeh, pengetahuan tentang ilmu digital adalah ditahap yang sangat lemah dan menjadi suatu yang amat merisaukan untuk berdepan dengan dunia yang lebih menitikberatkan penggunaan ilmu digital. Tambahan pula beliau sekarang berada di tingkatan 5 dan berdepan dengan kerja yang menggunakan peralatan ICT untuk mencari sumber yang berkaitan contohnya kerja membuat folio. Selain itu, pengetahuan tentang penggunaan komputer dan perisian seperti Microsoft Office juga adalah lemah.
Pada tahun awal tahun 2020, beliau telah menjadi ahli PIK Kg. Jerijeh dan telah memberi kesan yang mendalam kepada dirinya. Beliau mengambil peluang pada sebelah petang selepas sesi persekolahan dan masa cuti untuk mengikuti apa saja aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PIK. Tambahan pula, kemudahan PIK yang serba lengkap dan canggih, ilmu dari ICT beliau semakin bertambah dan memudahkan beliau untuk mendapatkan sumber yang berkaitan dengan palajaran. Segala urusan pelajaran dapat dilaksanakan dengan sebaiknya apabila adanya perkhidmatan komputer dan capaian internet yang tinggi. Di samping itu, sesi ulangkaji dan perbincangan dalam kumpulan juga dapat dilakukan dengan sebaiknya dengan adanya kemudahan yang amat menggalakkan di PIK.
Bimbingan Latihan ICT Dari PIK Kg Jerijeh - Ammarshaddiq bin Mustafa
Ammarshaddiq bin Mustafa merupakan salah seorang pelajar SMK Belawai dan juga merupakan penduduk tempatan Kampung Jerijeh. Beliau merupakan seorang pelajar yang mempunyai perwatakan yang santai serta mudah untuk bergaul dengan pelajar yang lain. Beliau sering mengunjungi Pusat Internet Komuniti Kampung Jerijeh (PIK Kg Jerijeh) untuk membuat kerja sekolah dimana pada pandemik Covid-19, pelajar diberi tugasan sekolah melalui kelas atas talian. Beliau akan mengunjungi PIK Kg Jerijeh menggunakan perkhidmatan internet untuk menghadiri kelas online dan mengikuti segala latihan asas ICT yang dianjurkan oleh pihak Pusat Internet. Shaddiq mula menjadi ahli PIK Kg Jerijeh pada pertengahan tahun 2020.
Menjadi ahli PIK telah memberi kesan yang positif kepada diri beliau di mana berlaku peningkatan pengetahuan tentang ilmu ICT. Beliau mengambil peluang pada masa lapang untuk mengikuti apa sahaja aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PIK. Tambahan pula, kemudahan PIK yang serba lengkap dan canggih membantu dan memudahkan beliau untuk mempelajari dengan lebih dalam lagi tentang ilmu digital dan ICT. Segala urusan mencari maklumat pelajaran juga dapat dilaksanakan dengan sebaiknya apabila adanya perkhidmatan komputer dan capaian internet yang tinggi. Pelajar ini juga telah mendaftar sebagai salah seorang pelajar Program Maxis eKelas.
Bimbingan Latihan ICT Dari PIK Kg Jerijeh - Almira Humaira binti Artidi
Almira Humaira binti Artidi seorang pelajar tahun 1 di SK Abg Buyuk Jerijeh. Pelajar ini mempunyai perwatakan ceria dan peramah serta mudah untuk bergaul dan berinteraksi dengan pelajar lain. Pelajar ini sering mengunjungi Pusat Ekonomi Digital Kampung Jerijeh (PEDi Kg Jerijeh) untuk mencari bahan ilmiah yang berkaitan dengan pelajarannya. Pada masa cuti sekolah, pelajar ini akan mengambil peluang tersebut mengunjungi PEDi Kg Jerijeh untuk menggunakan perkhidmatan internet untuk urusan yang berkaitan pelajaran dan mengikuti segala latihan asas ICT yang dianjur oleh pihak PEDi. Pelajar ini mula menjadi ahli PEDi Kg Jerijeh pada awal tahun 2021.
Sebelum beliau menjadi antara salah seorang ahli PEDi Kg. Jerijeh, pengetahuan tentang ilmu digital adalah ditahap yang sangat lemah dan menjadi suatu yang amat merisaukan untuk berdepan dengan dunia yang lebih menitikberatkan penggunaan ilmu digital. Tambahan pula beliau sekarang berada di tingkatan 5 dan berdepan dengan kerja yang menggunakan peralatan ICT untuk mencari sumber yang berkaitan contohnya kerja membuat folio. Selain itu, pengetahuan tentang penggunaan komputer dan perisian seperti Microsoft Office juga adalah lemah.
Pada tahun awal tahun 2021, beliau telah menjadi ahli PEDi Kg. Jerijeh dan telah memberi kesan yang mendalam kepada dirinya. Beliau mengambil peluang pada sebelah petang selepas sesi persekolahan dan masa cuti untuk mengikuti apa saja aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PEDi. Tambahan pula, kemudahan PEDi yang serba lengkap dan canggih, ilmu dari ICT beliau semakin bertambah dan memudahkan beliau untuk mendapatkan sumber yang berkaitan dengan palajaran. Segala urusan pelajaran dapat dilaksanakan dengan sebaiknya apabila adanya perkhidmatan komputer dan capaian internet yang tinggi. Di samping itu, sesi ulangkaji dan perbincangan dalam kumpulan juga dapat dilakukan dengan sebaiknya dengan adanya kemudahan yang amat menggalakkan di PEDi.
Bimbingan Latihan ICT Dari PIK Kg Jerijeh - Nurshaheera binti Rosman
Nurshaheera binti Rosman merupakan salah seorang pelajar tahun 6 SK Abg Buyuk, Jerijeh dan juga merupakan penduduk tempatan Kampung Jerijeh. Beliau merupakan seorang pelajar yang mempunyai perwatakan yang santai serta mudah untuk bergaul dengan pelajar yang lain. Beliau sering mengunjungi Pusat Ekonomi Digital Kampung Jerijeh (PEDi Kg Jerijeh) untuk membuat kerja sekolah dimana pada pandemik Covid-19, pelajar diberi tugasan sekolah melalui kelas atas talian. Beliau akan mengunjungi PEDi Kg Jerijeh menggunakan perkhidmatan internet untuk menghadiri kelas online dan mengikuti segala latihan asas ICT yang dianjurkan oleh pihak Pusat Internet. Shaddiq mula menjadi ahli PEDi Kg Jerijeh pada pertengahan tahun 2019.
Menjadi ahli PEDi telah memberi kesan yang positif kepada diri beliau di mana berlaku peningkatan pengetahuan tentang ilmu ICT. Beliau mengambil peluang pada masa lapang untuk mengikuti apa sahaja aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PEDi. Tambahan pula, kemudahan PEDi yang serba lengkap dan canggih membantu dan memudahkan beliau untuk mempelajari dengan lebih dalam lagi tentang ilmu digital dan ICT. Segala urusan mencari maklumat pelajaran juga dapat dilaksanakan dengan sebaiknya apabila adanya perkhidmatan komputer dan capaian internet yang tinggi. Pelajar ini juga telah mendaftar sebagai salah seorang pelajar Program Maxis eKelas