Latihan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) – Microsoft Office dan Keusahawanan
18 November 2016 | Aktiviti TerkiniPada 15 hingga 17 November 2016 yang lepas, seramai lebih kurang 29 orang peserta telah menyertai Latihan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) – Microsoft Office dan Keusahawanan bersama komuniti dari Belawai, Jerijeh dan Rajang anjuran UNIMAS. Kursus ini diadakan di perkarangan bilik latihan Pusat Internet 1 Malaysia Kg Jerijeh (PI Jerijeh). Kursus ini secara lansung dapat meningkatkan lagi kemahiran staf PI juga komuniti setempat khususnya dalam bidang Microsoft Office dan Keusahawanan seterusnya dapat memberi pendedahan kepada masyarakat di samping membantu meningkatkan sosio-ekonomi dan mutu kehidupan penduduk setempat. Sehubungan itu, pendedahan seperti ini penting untuk komuniti agar lebih peka terhadap perkembangan teknologi masa kini dan bijak mengendalikan isu-isu penyalahgunaan internet di sekeliling mereka.
Menjalinkan hubungan silaturahim antara staf PI dan para peserta melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Menyemai dan mendidik sikap tanggungjawab dalam kalangan komuniti terhadap penggunaan Internet dalam kehidupan seharian. Disamping itu, sedikit aktiviti Klik Dengan Bijak dalam bentuk tayangan video juga diselit bagi membuka peluang kepada peserta mengetahui kepentingan internet pada masa kini. Melalui aktiviti seperti ini, diharap para peserta akan mengamalkan ciri-ciri keselamatan yang harus diambil kira dan menggunakan teknologi yang ada dengan bijak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: