Taklimat Keselamatan Internet, NADI Safe & Shield SMK Belawai
9 November 2024 | Aktiviti TerkiniPada 8 November 2024, NADI Kg Jerijeh dan NADI Tanjung Manis telah mengadakan Program Taklimat Keselamatan Internet, NADI Safe & Shield bersama pelajar SMK Belawai. Taklimat ini diadakan bagi memberi pengenalan berkaitan fungsi dan kemudahan yang disediakan oleh pihak NADI. Selain itu, taklimat berkaitan program Klik Dengan Bijak dan Advokasi diadakan bagi memberi pendedahan tentang disiplin penggunaan peralatan digital dan bahaya penyalahgunaan internet oleh masyarakat pada hari ini. Program ini turut diselitkan dengan pengenalan Perkhidmatan Pintar yang mengandungi 5 pillar. Program ini turut dihadiri oleh Encik Stanley Medan, Penolong Eksekutif MCMC Bintulu, Miss Evonne Leonora Simon, Penolong Pengarah MCMC Cawangan Bintulu dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah Sarikei, Inspektor Mohd Firdaus bin Mohd Isa.
Taklimat seperti ini diharap berupaya meningkatkan kesedaran mereka terhadap penggunaan teknologi pada masa kini. Mereka juga turut diingatkan oleh para guru supaya berhati-hati memberikan maklumat peribadi mereka ke laman sosial.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: