Kelas Asas Microsoft Office Excel

19 Mei 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Mei 2024, Kelas Asas Microsoft Office Excel telah diadakan. Kelas ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang asas penggunaan Microsoft Office Excel serta fungsinya. Peserta telah diajar tentang bagaimana untuk menggunakan tools yang terdapat dalam Microsoft Office Excel serta membuat latihan jadual kira-kira.

Kelas yang berlangsung sekitar jam 2.00 petang dan berlangsung selama 3 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai dan Klik Dengan Bijak (KDB) dengan topik penyebaran maklumat palsu. Kelas tamat pada sekitar pukul 5.00 petang. Kehadiran adalah seramai 2 orang peserta dari Kampung Sebayang, Tanjung Manis.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali