Kelas Asas ICT Microsoft Office Powerpoint

1 April 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 31 Mac 2024, Kelas Asas ICT Microsoft Office Powerpoint telah diadakan. Kelas ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang asas penggunaan Microsoft Office Powerpoint serta fungsinya. Peserta telah diajar tentang bagaimana untuk menggunakan tools yang terdapat dalam Microsoft Office Powerpoint serta diberi latihan membuat slide.

Program yang berlangsung sekitar jam 10.00 pagi dan berlangsung selama 1 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai asas komponen komputer dan tayangan video Penyebaran Maklumat Palsu. Kelas tamat pada sekitar pukul 11.00 pagi. Kehadiran adalah seramai 1 orang peserta yang terdiri daripada penduduk tempatan Kampung Jerijeh Baru.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali