Kelas Asas ICT Microsoft Office Word

25 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Mac 2024, Kelas Asas ICT Microsoft Office Word telah diadakan. Kelas ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang asas penggunaan Microsoft Office Word serta fungsinya. Peserta telah diajar tentang bagaimana untuk menggunakan tools yang terdapat dalam Microsoft Office Word serta membuat latihan menaip.

Program yang berlangsung sekitar jam 11.00 pagi dan berlangsung selama 1 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai asas komponen komputer dan tayangan video Penyebaran Maklumat Palsu. Kelas tamat pada sekitar pukul 12.00 tengah hari. Kehadiran adalah seramai 1 orang peserta yang terdiri daripada pelajar SK Abang Buyuk.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali