Taklimat Kontraktor Berjaya

24 Jun 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Jun 2024, telah berlangsung Taklimat Kontraktor Berjaya di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Jerijeh. Taklimat ini adalah program kerjasama antara Inkubiz Sentral Sdn Bhd dan NADI Kg Jerijeh dalam memberi taklimat menjurus kepada pendaftaran dan pengemaskinian CIDB, UPKJ dan MOF. Kehadiran adalah seramai 21 orang yang terdiri daripada kontraktor tempatan Daerah Tanjung Manis.

Program ini telah berlangsung selama 4 jam dari jam 8.30 sehingga 12.30 tengah hari. Semoga Kerjasama NADI Kg Jerijeh dan pihak Inkubiz Sentral Sdn Bhd akan lebih erat dalam melaksana dan menjayakan sesuatu program dalam bidang kontraktor.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali