Majlis Perasmian Cawangan Agro Bank & Komuniti Cashless Tanjung Manis

23 Jun 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Jun 2024, telah berlangsung Majlis Perasmian Cawangan Agro Bank & Komuniti Cashless Tanjung Manis di Dewan Masyarakat Tanjung Manis. Staf NADI Kampung Jerijeh selaku Bendahari Persatuan Usahawan dan Penjaja Daerah Tanjung Manis (PUPTDM) bekrjasama dengan Agro Bank untuk mempromosikan dan membuat hebahan kepada komuniti sekitar tentang program yang diadakan. Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan disertai oleh lebih 200 orang peserta yang terdiri daripada orang awam dan perniaga tempatan. Program seperti ini dapat memberi peluang kepada komuniti sekitar membuka akaun di Agrobank seterusnya dapat diberi pendedahan secara khusus tentang pengguna Cashless pada masa kini.

Program ini telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 21 dan 22 Jun 2024. Semoga Kerjasama antara Persatuan Usahawan dan Penjaja Daerah Tanjung Manis (PUPTDM), Agro Bank dan NADI kampung Jerijeh akan lebih erat dalam melaksana dan menjayakan sesuatu program.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali