Kelas Asas ICT Microsoft Office Powerpoint

16 Jun 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Jun 2024, Kelas Asas Microsoft Office Powerpoint telah diadakan. Kelas ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang asas penggunaan Microsoft Office Powerpoint serta fungsinya. Peserta telah diajar tentang bagaimana untuk menggunakan tools yang terdapat dalam Microsoft Office Powerpoint serta membuat latihan slaid pembentangan secara kumpulan.

Program yang berlangsung sekitar jam 2.00 petang dan berlangsung selama 3 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai asas komponen komputer dan tayangan video Penyebaran Maklumat Palsu. Kelas tamat pada sekitar pukul 5.00 petang. Kehadiran adalah seramai 2 orang peserta daripada Kampung Jerijeh.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali