Kelas Asas Keusahawanan – Mencipta Logo Produk

29 Julai 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Julai 2024, Kelas Asas Keusahawanan mencipta logo produk menggunakan aplikasi Canva telah diadakan. Kelas ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang asas penggunaan aplikasi Canva serta fungsinya. Peserta telah diajar tentang bagaimana untuk menggunakan tools yang terdapat dalam aplikasi Canva serta mencipta logo produk miliknya dengan kreativiti usahawan sendiri.

Program yang berlangsung sekitar jam 3.00 petang dan berlangsung selama 1 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai asas komponen komputer dan tayangan video Penyebaran Maklumat Palsu. Kelas tamat pada sekitar pukul 4.00 petang. Kehadiran adalah seramai 1 orang penduduk Kampung Jerijeh Baru.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali