Kelas Asas ICT Microsoft Office Word

2 Julai 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 1 Julai 2024, Kelas Asas ICT Microsoft Office Word telah diadakan. Kelas ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang asas Microsoft Office Word serta fungsinya. Peserta telah diajar tentang bagaimana untuk menggunakan tools yang terdapat dalam setiap Microsoft Office Word. Peserta telah membuat tugasan sekolah yang telah diberikan dengan tunjuk ajar staf NADI.

Program yang berlangsung sekitar jam 2.00 petang dan berlangsung selama 2 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai asas komponen komputer dan tayangan video Penyebaran Maklumat Palsu. Kelas tamat pada sekitar pukul 4.00 petang. Kehadiran adalah seramai seorang peserta daripada SMK Belawai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali