Kelas Asas ICT

2 Julai 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 1 Julai 2024, Kelas Asas ICT telah diadakan. Kelas ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang asas penggunaan Microsoft Office Word serta fungsinya dengan menggunakan telefon pintar. Peserta telah diajar tentang bagaimana untuk menggunakan Microsoft Office Word yang terdapat dalam telefon pintar serta dibimbing cara untuk menggunakan tools yang terdapat dalam setiap aplikasi.

Program yang berlangsung sekitar jam 9.00 pagi dan berlangsung selama 1 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai asas komponen telefon pintar. Kelas tamat pada sekitar pukul 10.00 pagi. Kehadiran adalah seramai seorang peserta daripada Kampung Jerijeh Baru.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali