Pendaftaran dan Pengemaskinian Portal PADU
1 Februari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 31 Januari 2024, Kaunter fizikal Pangkalan Data Utama (PADU) telah diadakan oleh wakil dari Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dengan kerjasama PEDi Kg Jerijeh. PADU mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap berumur 18 tahun ke atas di Malaysia. Maklumat profil ini akan dikemas kini secara berkala melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber. Melalui ekosistem ini, rakyat boleh membuat semakan dan pengemaskinian maklumat secara terus dalam sistem PADU.
Objektif PADU
1. Penyediaan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan “near real time” bagi penghasilan analitik berkala dan digitalisasi tanpa ketirisan.
2. Penggubalan dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data.
3. Mengimbangi kedudukan fiskal menerusi pelaksanaan dasar secara bersasar.
Matlamat PADU
1. Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan.
2. Melaksanakan pengukuhan dalam penggunaan sumber yang terhad.
3. Melaksanakan pemerkasaan sistem sosial melalui peningkatan kesejahteraan ekonomi dan rakyat.
4. Merapatkan jurang sosioekonomi dengan memenuhi keperluan rakyat serta mengimbangi pembangunan.
Semoga pembukaan kaunter fizikal Pangkalan Data Utama (PADU) ini dapat memberi manfaat dan melancarkan lagi urusan pendaftaran dan pengemaskinian data penduduk sekitar PEDi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: