Kelas STEM-Iot - Easy Lungs Model Making

27 Februari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Febuari 2024, seramai 2 orang pelajar dari SK Abg Buyuk telah menghadiri Kelas STEM yang telah diadakan di PEDi Kg Jerijeh. Peserta telah membuat aktiviti Easy Lungs Model Making dengan menggunakan bahan yang disediakan oleh staf PEDi. Aktiviti STEM ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar meneroka pembelajaran di luar bilik darjah dan meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi. Selain itu juga dapat meningkatkan kemahiran praktikal pelajar dan mendorong kreativiti dalam menghasilkan sesuatu aktiviti.

Di akhir sesi kelas ini, peserta membentangkan hasil kerja secara individu. Kelas ini berlangsung selama 1 jam dari jam 3.00 petang hingga 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali