Kelas Asas Keusahawanan – Mengedit Menu Produk Perniagaan

26 Februari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Februari 2024, Kelas Asas Keusahawanan mengedit menu produk perniagaan menggunakan aplikasi Canva telah diadakan. Kelas ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang asas penggunaan aplikasi Canva serta fungsinya. Peserta telah diajar tentang bagaimana untuk menggunakan tools yang terdapat dalam aplikasi Canva serta mengedit menu produk perniagaan miliknya dengan kreativiti usahawan sendiri.

Program yang berlangsung sekitar jam 3.00 petang dan berlangsung selama 1 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai asas komponen komputer dan tayangan video Penyebaran Maklumat Palsu. Kelas tamat pada sekitar pukul 4.00 petang. Kehadiran adalah seramai 2 orang usahawan Tanjung Manis.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali