Kelas Asas ICT Microsoft Office Word
22 Februari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 21 Februari 2024, Kelas Asas ICT Microsoft Office Word telah diadakan. Kelas ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang asas Microsoft Office Word serta fungsinya. Peserta telah diajar tentang bagaimana untuk menggunakan tools yang terdapat dalam setiap Microsoft Office Word. Peserta telah diajar cara untuk membuat surat rasmi dengan format yang betul.
Program yang berlangsung sekitar jam 9.00 pagi dan berlangsung selama 1 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai asas komponen komputer dan tayangan video Penyebaran Maklumat Palsu. Kelas tamat pada sekitar pukul 10.00 pagi. Kehadiran adalah seramai seorang peserta daripada Kampung Jerijeh, Belawai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: