Aktiviti STEM – The Cartesian Diver
21 Februari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 20 Februari 2024, Selasa, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Aktiviti STEM – The Cartesian Diver bermula dari pukul 10:00 pagi sehingga 11:00 pagi di PEDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 3 orang ahli PEDi.
Aktiviti ini dijalankan untuk membuat eksperimen tentang prinsip Archimedes dan gas. Bahan – bahan untuk eksperimen ini adalah menggunakan penyedut minuman, klip kertas dan botol yang berisi air. Aktiviti sains ini adalah bertujuan untuk belajar bagaimana prinsip kapal selam boleh tenggelam dan timbul. Penyedut minuman di potong sama rata kecil dan disangkutkan dengan klip kertas di dua dua lubang penyedut minuman tersebut. Pastikan udara di atas penyedut minuman ada ruang sedikit tidak dimasuki air dan boleh ditutup menggunakan tanah liat. Setelah itu, masukkan penyedut minuman tadi ke dalam botol berisi air, dimana bila botol air ditekan penyedut minuman tadi akan turun ke bawah dan akan naik ke atas bila dilepaskan tekanan air botol td. Disini peserta boleh melihat bagaimana sesebuah kapal selam boleh diadaptasikan dalam eksperimen ini.
Diharapkan dengan aktiviti seperti ini dapat sedikit sebanyak membantu peserta pelajar sekolah memahami lebih dekat lagi tentang mata pelajaran sains dan teknologi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: