Kelas Online STEM (adaptedmind.com)

22 April 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 21 April 2024, seramai 2 orang pelajar dari SK Abg Buyuk telah menghadiri kelas online STEM (adaptedmind.com) yang telah diadakan di NADI Kg Jerijeh. Kelas ini diadakan melalui laman web adaptedmind.com. Aktiviti online STEM ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar meneroka pembelajaran di luar bilik darjah dan meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi.

Di samping itu, sesi soal jawab juga diselitkan semasa kelas berjalan. Kelas seperti ini diharap berupaya dapat meningkatkan semangat belajar di kalangan pelajar. Pada akhir taklimat, peserta diajar cara untuk mencari maklumat daripada sumber internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali