Staff Training – Personal Data Protection Act 2010

19 April 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 18 April 2024, Khamis, Penolong Pengurus Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah menyertai staf training iaitu Personal Data Protection Act 2010 secara online (Microsoft Team) yang bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 12:00 tengahari. Staff training tersebut telah dikendalikan oleh Cik Cantiynia Anak Ringos yang merupakan staf REDtone.

Antara objektif latihan ini adalah latihan untuk staf REDtone dan Sprintz Designs tentang cara untuk melindungi data peribadi daripada disalahguna oleh individu lain. Selain itu, Cik Cantiynia telah menerangkan perbezaan definisi antara data peribadi dan data peribadi sensitif, memahami tentang cara prinsip perlindungan data berfungsi dan memahami cara syarikat mematuhi akta dan undang-undang perlindungan data yang lain.

Diharapkan dengan adanya latihan seperti ini dapat memberi manfaat kepada staf NADI supaya dapat melindungi data peribadi diri daripada disalahgunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali