Kelas Asas Microsoft Office Word
15 April 2024 | Aktiviti TerkiniPada 14 April 2024, Kelas Asas Microsoft Office Word telah diadakan. Kelas ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang asas penggunaan Microsoft Office Word serta fungsinya. Peserta telah diajar tentang bagaimana untuk menggunakan tools yang terdapat dalam Microsoft Office Word serta membuat latihan secara individu.
Kelas yang berlangsung sekitar jam 9.00 pagi dan berlangsung selama 3 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai dan Klik Dengan Bijak (KDB) dengan topik penyebaran maklumat palsu. Kelas tamat pada sekitar pukul 12.00 tengah hari. Kehadiran adalah seramai 1 orang peserta dari Kampung Semalau.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: