Bimbingan Asas e-Commerce(Shopee)

23 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Oktober 2021, staf PEDi telah berkunjung ke rumah salah seorang usahawan PEDi Kg Jerijeh, Puan Hartini binti Johar, bagi membimbing cara untuk membangunkan akaun Shopee untuk tujuan pembelian dan penjualan produk perniagaannya. Turut di ajar juga bahagian yang perlu diisi dan dilengkapkan oleh pengguna sebelum membuat pembelian dan memulakan perniagaan di platform Shopee. Usahawan tersebut juga telah diajar langkah-langkah pengguna Shopee sekiranya untuk membuat pembelian produk.

Sesi bimbingan ini telah berlangsung selama 1 jam dari pukul 3.00 petang hingga 4.00 petang. Pada sesi bimbingan ini turut diselit taklimat Klik dengan Bijak (KDB), Advokasi dan Kempen Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong bagi mendidik pengguna internet yang bertanggungjawab. Semoga segala input daripada sesi ini dapat membantu komuniti setempat sejajar dengan usaha melahirkan usahawan yang berjaya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali