E-Learning (Wordwall.net)

22 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Oktober 2023, seramai 1 orang pelajar dari SMK Belawai telah menghadiri kelas E-Learning (Wordwall.net) yang telah diadakan di PEDi Kg Jerijeh. Kelas ini diadakan melalui e-pembelajaran melalui laman web wordwall.net.

Melalui e-pembelajaran ini peserta boleh bermain sambil belajar dan merasai pengalaman belajar yang menyeronokkan. Di samping itu, sesi soal jawab juga diselitkan semasa kelas berjalan. Kelas seperti ini diharap berupaya dapat meningkatkan semangat belajar di kalangan pelajar. Pada akhir taklimat, peserta diajar cara untuk mencari maklumat daripada sumber internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali