Kelas Asas ICT Microsoft Office Word
2 April 2023 | Aktiviti TerkiniPada 1 April 2023, Kelas Asas Microsoft Office Word telah diadakan. Kelas ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang asas penggunaan Microsoft Office Word serta fungsinya. Peserta telah diajar tentang bagaimana untuk menggunakan tools yang terdapat dalam Microsoft Office Word serta membuat latihan surat Rasmi. Program yang berlangsung sekitar jam 9.00 pagi dan berlangsung selama 4 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai asas komponen komputer dan tayangan video Penyebaran Maklumat Palsu. Kelas tamat pada sekitar pukul 1.00 tengah hari. Kehadiran adalah seramai 2 orang peserta yang terdiri daripada pelajar lepasan SPM dan tingkatan 3 SMK Belawai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: