Kemaskini akaun Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
25 Mac 2023 | Aktiviti TerkiniPada 24 Mac 2023, 1 orang komuniti Kampung Jerijeh Baru telah berkunjung ke PEDi Kg Jerijeh untuk mendapatkan bimbingan untuk mengemaskini akaun Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Bantuan ini adalah inisiatif kerajaan dibawah bajet 2023 yang akan mengagih bantuan tunai secara langsung kepada kumpulan bersasar untuk isi rumah dan bujang M40, warga emas dan ibu bapa tunggal.
Bimbingan berlangsung sekitar jam 3.00 petang dan berlangsung selama 1 jam ini turut diselit penerangan ringkas berkenaan E-Waste dan mengenai Klik Dengan Bijak (KDB), iaitu saranan dari pihak SKMM supaya berhati-hati dengan informasi tidak sahih di media sosial.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: