Undian Pertandingan Bola Sepak 9V9 Piala N41 Kuala Rajang 2023

13 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Julai 2023, sesi undian pertandingan Bola Sepak 9V9 Piala N41 Kuala Rajang 2023 telah diadakan di PEDi Kg Jerijeh. Sesi ini adalah bertujuan untuk wakil daripada setiap pasukan yang akan bertanding membuat cabutan undi bagi pertandingan tersebut yang akan diadakan pada 15 Julai 2023 sehingga 5 Ogos 2023. Peserta telah diajar tentang bagaimana menggunakan tools yang terdapat dalam Microsoft Office Word untuk membuat jadual undian.

Program ini berlangsung sekitar jam 3.00 petang dan berlangsung selama 1 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai Penyebaran Maklumat Palsu. Kelas tamat pada sekitar pukul 4.00 petang. Program ini disertai oleh 12 orang komuniti yang menyertai pertandingan bola sepak tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali