Kelas STEM – Straw Air Plane

14 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Ogos 2023, seramai 3 orang pelajar dari SK Abg Buyuk telah menghadiri Kelas STEM yang telah diadakan di Bilik Latihan PEDi Kg Jerijeh. Peserta telah membuat aktiviti Straw Air Plane. Aktiviti STEM ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar meneroka pembelajaran di luar bilik darjah dan meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi.

Selain itu juga dapat meningkatkan kemahiran praktikal pelajar dan mendorong kreativiti dalam menghasilkan sesuatu aktiviti. Di akhir sesi kelas ini, peserta membentangkan hasil kerja secara individu. Kelas ini berlangsung selama 1 jam dari jam 3.00 petang hingga 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali