Bimbingan Asas Shopee

31 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 30 Oktober 2023, kelas bimbingan asas Shopee telah diadakan di premis usahawan. Kelas ini diadakan bertujuan untuk membimbing cara membangunkan akaun Shopee untuk tujuan pembelian di Shopee. Peserta turut di ajar juga bahagian yang perlu diisi dan dilengkapkan oleh pengguna sebelum membuat sebarang pembelian. Peserta juga telah diajar langkah-langkah untuk membuat pembelian sesuatu produk.

Sesi bimbingan ini telah berlangsung selama 1 jam dari pukul 3.00 petang hingga 4.00 petang. Sesi bimbingan ini turut diselit taklimat Klik dengan Bijak (KDB) maklumat palsu bagi mendidik pengguna internet yang bertanggungjawab. Semoga segala input daripada sesi ini dapat membantu komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali