Mini Ramah Tamah Aidilfitri PEDi Kg Jerijeh 1444 H / 2023 M

1 Mei 2023 | Aktiviti Terkini

Program Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Pusat Ekonomi Digital Kampung Jerijeh (PEDi Kg Jerijeh) telah diadakan pada 30 April 2023 (Ahad) yang lepas. Sekurang-kurangnya 50 pengunjung yang terdiri daripada JKKK Kampung Jerijeh Baru, Ahli jawatankuasa KRT Kampung Jerijeh Baru, ahli PPWS kampung Jerijeh Baru, Jawatankuasa Pembangunan Belia Kampung Jerijeh Baru serta ahli PEDi Kg Jerijeh.

Tujuan utama program ini adalah untuk mengeratkan perpaduan dan dapat menerapkan nilai-nilai murni kerana secara tidak langsung dapat memperkenalkan peranan PEDi Kg Jerijeh sebagai salah satu pusat kemudahan ICT dan Digital di Kampung Jerijeh Baru. Program ini telah mendapat sambutan baik daripada tetamu-tetamu jemputan. Antara aktivit yang dijalankan adalah taklimat ringkas Advokasi dan juga Klik Dengan Bijak kepada tetamu yang hadir sebagai informasi tambahan kepada mereka tentang penggunaan internet secara bijak dan bertanggungjawab. Tetamu yang hadir telah disajikan dengan jamuan hidangan makanan yang beraneka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali