Kelas STEM (Pull The Car) - Assemble Series

10 September 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 9 September 2023, seramai 5 orang pelajar dari SK Abg Buyuk telah menghadiri Kelas STEM yang telah diadakan di Bilik Latihan PEDi Kg Jerijeh. Peserta telah membuat aktiviti Pull The Car. Aktiviti STEM ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar meneroka pembelajaran di luar bilik darjah dan meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi.

Selain itu juga dapat meningkatkan kemahiran praktikal pelajar dan mendorong kreativiti dalam menghasilkan sesuatu aktiviti. Di akhir sesi kelas ini, peserta membentangkan hasil kerja secara individu. Kelas ini berlangsung selama 1 jam dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali