Kelas STEM – (Newtons Disc-Reverse Rainbow)

16 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Oktober 2023, seramai 2 orang pelajar dari SMK Belawai telah menghadiri Kelas STEM yang telah diadakan di Bilik Latihan PEDi Kg Jerijeh. Peserta telah membuat aktiviti Newtons Disc-Reverse Rainbow menggunakan bahan yang disediakan oleh staf PEDi. Aktiviti STEM ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar meneroka pembelajaran di luar bilik darjah dan meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi.

Selain itu juga dapat meningkatkan kemahiran praktikal pelajar dan mendorong kreativiti dalam menghasilkan sesuatu aktiviti. Di akhir sesi kelas ini, peserta membentangkan hasil kerja secara individu. Kelas ini berlangsung selama 1 jam dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali