Kelas Aktiviti STEM – Membina objek menggunakan LEGO
16 Julai 2023 | Aktiviti TerkiniPada 15 Julai 2023, Kelas Aktiviti STEM telah diadakan. Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar meneroka pembelajaran di luar bilik darjah dan meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi. Selain itu juga dapat meningkatkan kemahiran praktikal pelajar dan mendorong kreativiti dalam menghasilkan objek.
Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah :
- Peserta diberi contoh objek yang dihasilkan dengan menggunakan lego di samping itu peserta diberi penerangan ringkas tentang kepentingan STEM.
- Peserta membuat pelbagai objek menggunakan lego yang disediakan.
Semoga aktiviti ini memberi manfaat yang berguna kepada semua peserta. Program yang berlangsung sekitar jam 8.30 pagi dan berlangsung selama 1 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai dan Klik Dengan Bijak (KDB) dengan topik penyebaran maklumat palsu.. Kelas tamat pada sekitar pukul 9.30 pagi. Kehadiran adalah seramai 5 orang peserta iaitu pelajar SK Abg Buyuk Jerijeh.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: