Taklimat KDB, E-Learning dan STEM

24 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Julai 2023, seramai 8 orang pelajar dari SK Abg Buyuk dan SMK Belawai telah menghadiri Taklimat KDB, E-Learning dan STEM yang telah diadakan di Bilik Latihan PEDi Kg Jerijeh. Taklimat ini diadakan bagi memberi pendedahan berkaitan program Klik Dengan Bijak dengan topik Buli Siber disamping memupuk disiplin tentang penggunaan internet oleh masyarakat pada hari ini. Bagi aktiviti E-Learning, pelajar telah membuat aktiviti mencari perkataan tersembunyi meggunakan platform secara atas talian.

Peserta telah berjaya mencari perkataan dengan lengkap. Pada aktiviti STEM pula, peserta telah membuat aktiviti membina struktur menggunakan bahan lidi dan tanah liat. Aktiviti STEM ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar meneroka pembelajaran di luar bilik darjah dan meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi. Selain itu juga dapat meningkatkan kemahiran praktikal pelajar dan mendorong kreativiti dalam menghasilkan sesuatu aktiviti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali