Kelas asas ICT, STEM & Soft Skills

6 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Ogos 2023, seramai 5 orang pelajar dari SK Abg Buyuk telah menghadiri Kelas asas ICT, STEM & Soft Skills yang telah diadakan di Bilik Latihan PEDi Kg Jerijeh. Kelas asas ICT ini diadakan bagi memberi taklimat ringkas mengenai asas komponen computer. Bagi aktiviti STEM, peserta telah membuat aktiviti Robotic Hand. Aktiviti STEM ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar meneroka pembelajaran di luar bilik darjah dan meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi.

Selain itu juga dapat meningkatkan kemahiran praktikal pelajar dan mendorong kreativiti dalam menghasilkan sesuatu aktiviti. Di akhir sesi kelas ini, peserta membentangkan hasil kerja mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Kelas ini berlangsung selama 2 jam dari jam 2.00 petang hingga 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali