Kursus latihan Pengenalan Halal & Tatacara Permohonan Persijilan Halal

18 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Jun 2023, Kursus latihan Pengenalan Halal & Tatacara Permohonan Persijilan Halal telah diadakan yang dikendalikan oleh Syarikat NZ Bunga Venture (Training & Consultant), dan merupakan sebuah syarikat yang diiktiraf dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada majikan dan usahawan sekitar PEDi tentang tatacara permohonan persijilan Halal terutamanya bagi usahawan yang mempunyai perniagaan berasaskan makanan.

Kursus telah dijalankan secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom di PEDi. Sebelum sesi bermula, peserta turut diberi taklimat ringkas berkaitan dengan asas usahawan iaitu kaedah pemasaran dan seterusnya mempromosikan perkhidmatan PEDi yang sedia ada untuk dimanfaatkan sebaiknya. Sesi ini melibatkan seramai 2 orang peserta yang terdiri daripada usahawan makanan, majikan dan pekerja kedai makanan Daerah Tanjung Manis. Semoga Kursus ini memberi manfaat kepada semua peserta yang hadir.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali