Bimbingan Mengemaskini Facebook Page

30 September 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 29 September 2023, kelas bimbingan asas Facebook Page telah diadakan di kedai usahawan. Kelas ini diadakan bertujuan untuk membimbing cara untuk membangunkan akaun Facebook Page untuk penjualan produk perniagaan usahawan. Peserta turut di ajar juga bahagian yang perlu diisi dan dilengkapkan oleh pengguna sebelum membuat pembelian dan memulakan perniagaan Facebook Page Sesi bimbingan ini telah berlangsung selama 1 jam dari pukul 4.00 petang hingga 5.00 petang.

Pada sesi bimbingan ini turut diselit taklimat Klik dengan Bijak (KDB), Advokasi dan Kempen Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong bagi mendidik pengguna internet yang bertanggungjawab. Semoga segala input daripada sesi ini dapat membantu komuniti setempat sejajar dengan usaha melahirkan usahawan yang berjaya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali