Kelas Asas Microsoft Office Excel & Canva

10 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Julai 2023, Kelas Asas Microsoft Office dan Excel dan Canva telah diadakan. Kelas ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang asas penggunaan Microsoft Office Excel serta fungsinya. Peserta telah diajar tentang bagaimana untuk menggunakan tools yang terdapat dalam Microsoft Office Excel serta membuat latihan jadual kira-kira dengan memasukkan formula asas.

Bagi pembelajaran Aplikasi Canva pula, peserta diajar cara untuk membina akaun canva sendiri dan diajar cara untuk menyunting sesuatu projek yang akan dihasilkan. Program yang berlangsung sekitar jam 9.00 pagi dan berlangsung selama 3 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai dan Klik Dengan Bijak (KDB) dengan topik penyebaran maklumat palsu. Kelas tamat pada sekitar pukul 12.00 tengah hari. Kehadiran adalah seramai 2 orang peserta iaitu pelajar SMK Belawai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali