Pertandingan Autoshow Motosikal Tertutup Tanjung Manis

9 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Oktober 2023, Pertandingan Autoshow Motosikal Tertutup Tanjung Manis telah diadakan di perkarangan tapak pentas utama Pesta Belawai. Staf PEDi Kampung Jerijeh selaku Setiausaha Kelab Belia Kampung Belawai (KBKB) telah mengambil bahagian sebagai AJK pertandingan dan secara langsung mengambil peluang ini mempromosikan PEDi kepada komuniti setempat.

Pertandingan ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan diselitkan dengan aktiviti pertandingan bola Pantai dan gerai usahawan. Program selama 2 hari iaitu pada 7 dan 8 Oktober 2023 yang mensasarkan pengunjur dan usahawan tempatan. Semoga Kerjasama antara Kelab Belia Kampung Belawai (KBKB) dan PEDi kampung Jerijeh akan lebih erat dalam melaksana dan menjayakan sesuatu program.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali