Kelas Canva (Resume)

8 Januari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Januari 2023, Kelas Canva membuat Resume telah diadakan. Kelas ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang asas penggunaan aplikasi Canva serta fungsinya. Peserta telah diajar tentang bagaimana untuk menggunakan tools yang terdapat dalam aplikasi Canva serta membuat latihan secara individu. Peserta diberi tugasan membuat resume mengikut kreativiti tersendiri.

Program yang berlangsung sekitar jam 2.30 petang dan berlangsung selama 2 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai asas komponen komputer dan tayangan video Penyebaran Maklumat Palsu. Kelas tamat pada sekitar pukul 4.30 petang. Kehadiran adalah seramai 1 orang peserta daripada Kampung Jerijeh.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali