Bimbingan pengisian borang permohonan Program Peningkatan Usahawan Bumiputera (PUTERA)

9 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Februari 2023, bimbingan pengisian Borang permohonan Program Peningkatan Usahawan Bumiputera (PUTERA) kepada empat orang usahawan Tanjung Manis Baru diadakan. Bimbingan ini adalah bertujuan untuk memberi tunjuk ajar bagaimana untuk mengisi borang mengikut panduan yang telah disediakan Geran ini adalah ditawarkan dengan usah sama pihak Pejabat Setiausaha Negeri Sarawak & SEDC. Pengisian borang ini adalah untuk memohon bantuan dari segi peralatan bagi usahawan yang telah menjalankan perniagaan disamping dapat meningkatkan produksi dan pendapatan usahawan.

Bimbingan yang berlangsung sekitar jam 9.00 pagi dan berlangsung selama 3 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai Klik Dengan Bijak (KDB), Penyebaran Maklumat Palsu. Bimbingan tamat pada sekitar jam 12.00 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali