Bimbingan pengisian borang permohonan Program Peningkatan Usahawan Bumiputera (PUTERA)
8 Februari 2023 | Aktiviti TerkiniPada 7 Februari 2023, bimbingan pengisian borang permohonan Program Peningkatan Usahawan Bumiputera (PUTERA) kepada seorang usahawan Tanjung Manis diadakan. Bimbingan ini adalah bertujuan untuk memberi tunjuk ajar bagaimana untuk mengisi borang mengikut panduan yang telah disediakan. Geran ini adalah usaha sama pihak Pejabat Setiausaha Negeri Sarawak & SEDC. Pengisian borang ini adalah untuk memohon bantuan dari segi peralatan untuk kegunaan usahawan yang telah menjalankan perniagaan disamping dapat meningkatkan produksi dan pendapatan usahawan.
Bimbingan yang berlangsung sekitar jam 3.30 petang dan berlangsung selama 1 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai Klik Dengan Bijak (KDB), Penyebaran Maklumat Palsu. Bimbingan tamat pada sekitar jam 4.30 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: