Kursus latihan pengendalian makanan anjuran Syarikat NZ Bunga Venture (Training & Consultant)

4 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Disember 2023, kursus latihan pengendalian makanan telah diadakan yang dikendalikan oleh Syarikat NZ Bunga Venture (Training & Consultant), dan merupakan sebuah syarikat yang diiktiraf dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Tujuan utama program ini adalah untuk memberi peluang kepada majikan, pekerja kedai makan dan usahawan sekitar PEDi untuk mendapatkan sijil pengendalian makanan bagi yang belum memiliki sijil terutamanya bagi usahawan yang mempunyai perniagaan berasaskan makanan. Kursus telah dijalankan secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom.

Sesi ini melibatkan seramai 9 orang peserta yang terdiri daripada pekerja dan usahawan Daerah Tanjung Manis. Semoga Kursus ini memberi manfaat kepada semua peserta yang menyertai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali