Permohonan Tapak Niaga Uptown Di Pantai Belawai
18 Mac 2023 | Aktiviti TerkiniPada 17 Mac 2023, Pengerusi dan wakil PEDi, selaku ahli Persatuan Usahawan dan Penjaja Tanjung Manis (PUPTDM) telah membuat perjumpaan bersama penguasa Majlis Matu dan Daro (MDMD) bagi membincangkan permohonan bagi tapak niaga Uptown di Pantai Belawai.
Permohonan ini adalah sebagai usaha persatuan untuk memberi ruang kepada usahawan daerah Tanjung Manis yang aktif untuk menjalankan aktiviti perniagaan mereka disamping mampu untuk meningkatkan tahap pendapatan usahawan. Pembincangan ini diadakan dari pukul 3.00 petang sehingga 4.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: