Taklimat KDB, Advokasi & Asas Shopee bersama pelajar

16 Januari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Januari 2023, seramai 10 orang pelajar dari SK Abg Buyuk dan SMK Belawai telah menghadiri taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi serta pengenalan mengenai komputer yang telah diadakan di Bilik Latihan PEDi Kg Jerijeh. Taklimat ini diadakan bagi memberi pengenalan berkaitan kompenan komputer. Selain itu, taklimat berkaitan program Klik Dengan Bijak dan Advokasi diadakan bagi memberi pendedahan tentang disiplin penggunaan peralatan digital dan bahaya penyalahgunaan internet oleh masyarakat pada hari ini.

Di samping itu, sesi soal jawab juga diselitkan semasa taklimat berjalan. Taklimat seperti ini diharap berupaya meningkatkan kesedaran mereka terhadap penggunaan teknologi pada masa kini serta memberi kesedaran kepada masyarakat supaya berhati-hati apabila bekongsi maklumat peribadi mereka ke laman sosial.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali