Bimbingan pengisian borang permohonan usahawan

15 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Mac 2023, bimbingan pengisian Borang permohonan peralatan kepada seorang usahawan Kampung Jerijeh Baru diadakan. Bimbingan ini adalah bertujuan untuk memberi tunjuk ajar bagaimana untuk mengisi borang mengikut panduan yang telah disediakan. Geran ini adalah ditawarkan dengan usah sama pihak Pejabat Pusat Khidmat N 41 Kuala Rajang, Tanjung Manis. Pengisian borang ini adalah untuk memohon bantuan dari segi peralatan bagi usahawan yang telah menjalankan perniagaan disamping dapat meningkatkan produksi dan pendapatan usahawan.

Bimbingan yang berlangsung sekitar jam 9.00 pagi dan berlangsung selama 2 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai Klik Dengan Bijak (KDB), Penyebaran Maklumat Palsu. Bimbingan tamat pada sekitar jam 11.00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali