Taklimat KDB & Advokasi

13 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Februari 2023, Taklimat KDB & Advokasi sempena Mesyuarat Tahunan AJK Persatuan Usahawan dan Penjaja Tanjung Manis telah dilaksanakan di PEDi Kg Jerijeh yang mana penyertaan adalah terdiri daripada 5 orang AJK dan ahli Persatuan Usahawan dan Penjaja Tanjung Manis. Program ini secara keseluruhannya adalah mendidik semua peserta dalam penggunaan internet yang berhemah dan bertanggungjawab. Program ini secara khususnya mensasarkan semua komuniti sekitar PEDi untuk menjadi pengguna yang berdisiplin tinggi dalam menggunakan teknologi digital yang ada dan mampu memberi kesedaran dan manfaat kepada mereka.

Taklimat ringkas mengenai Klik Dengan Bijak (Maklumat Palsu) dan Advokasi (E-waste) memberi kesedaran kepada komuniti tentang bahaya penyebaran maklumat tidak sahih dan cara menggunakan peralatan elektronik yang betul. Program berlangsung selama 2 jam setengah bermula pada pukul 2.30 petang sehingga 4.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali