Bimbingan Permohonan Kenyalang Gold Card (KGC)

10 Januari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Januari 2023, staf yang bertugas telah memberi bimbingan kepada seorang warga emas bagi mengisi borang permohonan untuk mendapatkan Kenyalang Gold Card (KGC). Ia merupakan satu kad yang memberi tawaran potongan harga, pengecualian pembiayaan untuk barang dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh sektor awam, sektor swasta dan gerai komersial yang merupakan rakan stratergik KGC.

Bimbingan yang berlangsung sekitar jam 10.00 pagi dan berlangsung selama 1 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai Klik Dengan Bijak (KDB), Penyebaran Maklumat Palsu. Kelas tamat pada sekitar pukul 11.00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali