Kelas Asas Microsoft Office Word

7 November 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 6 November 2022, Kelas Asas Microsoft Office Word telah diadakan. Kelas ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang asas penggunaan Microsoft Office Word serta fungsinya. Peserta telah diajar tentang bagaimana untuk menggunakan tools yang terdapat dalam Microsoft Office Word serta membuat latihan surat Rasmi. Peserta diberi tugasan menaip surat rasmi secara individu. Program yang berlangsung sekitar jam 9.00 pagi dan berlangsung selama 4 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai asas komponen komputer dan tayangan video Penyebaran Maklumat Palsu. Kelas tamat pada sekitar pukul 1.00 tengah hari. Kehadiran adalah seramai 4 orang peserta daripada Rumah Panjang Semalau.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali