Asas ICT Webex

28 September 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 27 September 2022, bimbingan asas ICT aplikasi Webex telah dilaksanakan yang mana melibatkan seorang peserta dari Kampung Jerijeh bagi menghadiri mesyuarat atas talian bersama pelajar dan pensyarah Fakulti Alam Bina (UNIMAS). Peserta telah diberi taklimat tentang asas ICT dan cara menggunakan aplikasi Webex. Mesyuarat berlangsung sekitar jam 12.00 tengah hari dan berlangsung selama 1 jam ini turut diselit penerangan ringkas berkenaan E-Waste dan mengenai Klik Dengan Bijak (KDB), iaitu saranan dari pihak MCMC supaya berhati-hati dengan informasi tidak sahih di media sosial. Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali